Negeri

Naik gaji penjawat awam: Kerajaan pusat bantu kerajaan negeri yang memerlukan – PM Anwar

Kerajaan Perpaduan akan membantu mana-mana kerajaan negeri yang memerlukan bantuan dalam menyelaras pemberian gaji kepada penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, di Kuala Nerus berkata, bantuan itu selaras kenaikan gaji lebih 13 peratus melibatkan penjawat awam yang diumumkan pada 1 Mei lalu.

“Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri Besar, saya ingat jangan bimbang, keperluan kenaikan gaji pegawai-pegawai kerajaan negeri, termasuk di daerah.

“Insha-Allah, Kerajaan Persekutuan akan membantu supaya tidak ada pegawai kerajaan negeri ketinggalan termasuk dari Negeri Terengganu”, katanya.

Susulan pengumuman itu sebelum ini beberapa negeri dilapor bersedia mengikut langkah kerajaan dalam menaikkan gaji penjawat awam di peringkat negeri.

Antara kerajaan negeri yang menyatakan kesediaan menuruti langkah itu antaranya Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Selangor.

BACA LAGI: Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam bukti kesungguhan PM Anwar

Sementara itu jelas Anwar, kadar kenaikan gaji tersebut yang dimaklumkan adalah usaha Kerajaan Perpaduan mengurangkan jurang gaji.

Ia akan dilaksana mengikut gred, iaitu gred bawah akan naik lebih tinggi, manakala sebaliknya bagi penjawat awam gred atasan.

Related Articles

Back to top button