Pilihanraya

PRK Kuala Kubu Baharu: PH ada kelebihan – Ilham Centre

Pola pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dijangka memberi kelebihan buat Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kemenangan.

Ilham Centre menerusi satu kenyataan, hari ini berkata, rekod pencapaian DAP mengikut setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang agak konsisten sejak menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 menjadikan parti penyandang mempunyai sedikit kelebihan.

“Pada PRN lalu, PH menang disumbangkan melalui penguasaan di 13 PDM daripada 16 keseluruhan PDM yang ada, manakala Perikatan Nasional (PN) pula hanya menang di 3 PDM sahaja.

“Ditambah pula berada dalam dua kerajaan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan, menambah beban untuk lawan (PN) menafikan kemenangan PH.

Namun, jelasnya, kadar keluar mengundi akan memainkan peranan besar untuk memastikan kebolehmenangan itu.

“Tetapi dapatan kajian ini mendapati, peratusan pengundi yang keluar mungkin lebih rendah berbanding PRN ekoran sebahagian besar pengundi luar kawasan tidak pulang
mengundi.

“Faktor cuaca pada hari kejadian juga memainkan peranan pada hari pengundian kelak.

“Dengan kata lain, peratusan keluar mengundi akan lebih bergantung kepada pengundi yang berada di dalam kawasan pilihan raya,” katanya.

Ilham Centre turut menyentuh mengenai prestasi tiga wakil rakyat PN yang telah memenangi kerusi bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Hulu Bernam dan DUN Batang Kali yang dilihat menjadi sorotan masyarakat setempat.

“Isu wakil-wakil rakyat PN tidak ‘perform’ menjadi topik perbincangan pengundi di KKB, tetapi kempen calon lain tidak memanfaatkan isu ini ke khalayak lebih luas,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button