Semasa

Cuaca panas: LKIM jamin bekalan ikan tidak terjejas

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan pendaratan hasil laut negara tidak terjejas meskipun cuaca panas melanda beberapa negeri sejak beberapa bulan lalu.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini, pendaratan ikan dan hasil laut lain di 48 Kompleks LKIM seluruh negara masih berjalan lancar.

“Pendaratan ikan berjalan seperti biasa dan tidak terjejas kerana di negara ini, sebahagian besar bekalan ikan adalah bergantung kepada bot besar yang berada di laut dalam iaitu Zon B dan C.

“Secara puratanya, kita dapat mendaratkan kira-kira 250,000 matrik tan hasil laut di seluruh negara setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di Kompleks LKIM Kuala Kemaman semalam.

Sementara itu tambahnya, LKIM menyasarkan untuk membina enam lagi Kedai Nelayan di seluruh negara dalam usaha membantu golongan berkenaan memasarkan produk dihasilkan nelayan.

BACA LAGI: LKIM bakal baik pulih 20 rumah nelayan Johor

“PNK banyak keluarkan produk hiliran seperti keropok dan sebagainya. Tetapi ruang pemasran sangat terhad,jadi kita ambil inisiatif buka Kedai Nelayan untuk persatuan pasarkan sendiri barangan mereka.

“Kita telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk setiap Kedai Nelayan bagi membantu PNK terlibat menaik taraf premis dan menambah modal pusingan awal,” katanya.

Setakat ini jelasnya sebanyak 14 Kedai Nelayan telah dibuka di 10 negeri di seluruh negara sejak tahun lalu.

Related Articles

Back to top button