Semasa

KPM merafak sembah titah Pemangku Sultan Johor

Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail agar usaha lebih proaktif dilaksana bagi meningkatkan kualiti sistem dan fasiliti pendidikan negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pelbagai usaha sedang dilaksanakan kementeriannya untuk memperkasakan sistem pendidikan negara sejajar saranan baginda.

Usaha itu termasuk menubuhkan enam pasukan petugas khas KPM bagi menambahbaik sistem prasekolah, intervensi kurikulum, memperkukuhkan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pendidikan digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengukuhan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Dalam pada itu, inisiatif intervensi kurikulum juga sedang giat berjalan bagi memastikan keciciran pembelajaran dapat ditangani.

“Untuk jangka panjang, kementerian sudah melancarkan kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang holistik dan relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan,” kata Fadhlina.

Beliau sebelumnya merasmikan Karnival HIP (Highly Immersive Programme) 2024 peringkat negeri Pulau Pinang di SMK Saujana Indah di Nibong Tebal pada Sabtu.

BACA LAGI:Kewujudan sekolah model khas berjaya tangani isu keciciran pelajar Orang Asli

Tunku Ismail pada Khamis menitahkan supaya silibus mata pelajaran sekolah yang sudah tidak lagi relevan, diperbaharui.

“Pendidikan berkualiti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi akan datang,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail.

Related Articles

Back to top button