Pilihanraya

Perikatan Nasional kalah di PRK Kuala Kubu Bharu

Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu sekaligus mengekalkan kerusi itu seperti yang dijangka.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut jauh ketinggalan dibelakang Pang Sock Tao yang mewakili kerajaan.

Sock Tao yang merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperoleh14,000 undi berbanding Khairul Azhari dari Bersatu yang sekadar mendapat 10,131 undi setakat jam 8.00 malam tadi.

Dua lagi calon iaitu Nyau Ke Xin (Bebas) mendapat 188 undi manakala, Hafizah Zainudin (PRM) memperoleh 152 undi.

Sebanyak 78 saluran mengundi telah dibuka sepanjang proses pengundian dijalankan.

Sementara itu penyokong kerajaan Perpaduan meraikan kemenangan itu dengan membakar bunga api di Bilik Gerakan Utama di Jalan Gamelan.

BACA LAGI: Sock Tao mahu pastikan rakyat terima manfaat program negeri

Ketua PeneranganKEADILAN Fahmi Fadzil dipetik laporan media menggambarkan Kerajaan Perpaduan menyambut tiga peristiwa penting malam ini.

Selain kemenangan Sock Tao, sambutan itu termasuk ulang tahun ke-25 partinya dan ulang tahun ke-78 Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah sebaik mengetahui berita kemenangan itu.

Beliau yang juga Presiden KEADILAN berkata pihaknya turut menghargai kerjasama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atas kemenangan itu.

“Tahniah kita menghargai kerjasama daripada Anthony Loke. Tahniah kerana menang di Kuala Kubu Bharu,” katanya pada ucapan majlis sambutan ulang tahun PKR ke-25, di Kuala Lumpur malam tadi.

Related Articles

Back to top button