Sukan

Skuad hoki kebangsaan bertemu New Zealand bagi penentuan tempat ketiga

Skuad hoki kebangsaan mengesahkan pertembungan dengan New Zealand bagi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), hari ini selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 pada aksi terakhir, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers yang muncul juara pada edisi dua tahun lalu, menduduki tangga ketiga selepas lima perlawanan dengan mengumpul sembilan mata.

Pada perlawanan malam tadi, penyerang negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan gol tunggal minit ketujuh yang juga gol pertamanya pada edisi kali ini.

Skuad bimbingan Sarjit Singh dilihat berusaha untuk menambah jaringan selepas itu, namun beberapa peluang terbaik yang diperolehi gagal menghasilkan gol.

Babak kedua menyaksikan aksi lebih agresif dipamerkan skuad negara namun seperti pada suku pertama dan kedua, mereka masih gagal menambah gol yang diharapkan.

Skuad bimbingan Sarjit memperoleh tujuh pukulan sudut penalti namun kesemuanya tidak berjaya dimanfaatkan.

Sementara itu, Pakistan dan Jepun akan bertemu pada aksi final, esok.

Related Articles

Back to top button