Semasa

Menteri Agama arah TH siasat kejadian jemaah Malaysia terkandas di Makkah

Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat kejadian sekumpulan jemaah Malaysia terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya maklum kejadian menimpa bakal jemaah haji berkenaan yang dipercayai terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan.

“Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat,” katanya melalui kenyataan.

Media pada Sabtu melaporkan, 300 bakal haji yang kini di Makkah kebingungan selepas dimaklumkan agensi pengurusan menggunakan visa pelancong.

Seorang individu mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook selepas dihubungi rakannya yang meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.

BACA LAGI: Menteri Agama buat lawatan mengejut ke Tabung Haji

Sementara itu Mohd Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mengingatkan kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah menjadi satu kesalahan dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Setiap tahun pihaknya melalui TH juga sentiasa memberi peringatan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

Related Articles

Back to top button