Semasa

PM Anwar hulur sumbangan, doakan Daddy Rock segera sembuh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan pelakon, Shahrol Asikin Mohd Shariff atau lebih dikenali sebagai Daddy Rock.

Melalui satu hantaran dilaman Facebooknya, beliau berkata sumbangan itu telah diserahkan kepada Shahrol Asikin melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi baru-baru ini.

“Saudara Shahrol Asikin Mohd Shariff atau Daddy Rock alami masalah komplikasi jantung.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau sekali lagi akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan,” kata Anwar.

Melalui hantaran sama Anwar turut mendoakan urusan pembedahan Shahrol Asikin dipermudah dan dikurniakan kesembuhan sesegera mungkin.

BACA LAGI: Eby Yus terima sumbangan daripada PM Anwar

Akhir tahun lalu doktor menasihatkan Shahrol Asikin segera menjalani pembedahan memasukkan stent atau angiogram yang kemungkinan dibuat secara bypass untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih buruk.

Ia susulan keadaan jantung pelakon filem Kisah Paling Gangster, Jangan Pandang Belakang dan pelbagai drama seperti Kampung People dan Gerak Khas itu semakin lemah dan membengkak.

Related Articles

Back to top button