Pilihanraya

‘Saya wakil rakyat untuk semua, tak kira kaum, agama atau ideologi politik,’- ADUN KKB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu yang baharu, Pang Sock Tao tekad memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan semua penduduk di DUN Kuala Kubu Bharu.

Bercakap dalam satu sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Kubu Baharu malam tadi, Sock Toa berjanji berusaha menyelesaikan secepat mungkin isu-isu mendesak di kawasan itu dan akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kepada semua.

“Saya adalah wakil rakyat penduduk di Kuala Kubu Bharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.

“Perkara yang saya akan lakukan pada hari pertama berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu (KKB) adalah saya ingin mendengar dan menyelesaikan masalah yang mendesak daripada penduduk di KKB.

“Saya akan bekerjasama bergerak sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat di KKB,” katanya.

BACA LAGI: Kemenangan Pang Sock Tao bukti rakyat mahu penyatuan

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pengarah Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu dan beberapa pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Sock Tao mengalahkan pencabar terdekatnya dari Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari dengan kelebihan 3,869 majoriti undi.

DUN Kuala Kubu Bharu mempunyai seramai 40,413 pengundi berdaftar , peratusan keluar mengundi yang direkodkan semalam adalah sebanyak 61.51 peratus

Sementara itu ditanya pemberita sama ada beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu sebagaimana janjinya ketika berkempen sejak 14 hari lalu, Sock Tao berkata akan menunaikan janji itu.

Related Articles

Back to top button