Sukan

Hakim Danish catat podium di Litar Le Mans

PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli mencatat keputusan podium pada pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad

Pelumba berusia 17 tahun itu yang bertarung sengit dalam kelompok tiga terbaik sepanjang saingan mencatat masa 25 minit 21.768 saat (s) untuk kedudukan ketiga.

“Alhamdulillah, syukur saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Le Mans untuk Pusingan 2 hari ini,” katanya.

Sementara itu menurutnya, beliau memulakan perlumbaan dengan baik apabila berada dalam kelompok hadapan.

“Saya juga cuba untuk memimpin perlumbaan dalam beberapa ketika bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan.

“Pada lap terakhir, saya cuba untuk menang tapi dipintas dua pelumba P4. Saya hanya sempat memintas seorang pelumba sahaja dan berjaya tempatkan diri di podium. Untuk pusingan di Mugello, saya akan buat lebih baik dari hari ini,” tambah juara Asia 2022 itu.

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte dan Maximo Quiles yang masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua.

BACA LAGI: AMK kecam keganasan terhadap atlet bola sepak

Sementara itu dalam kelas premier, pelumba Pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin mencipta kemenangan di Litar Le Mans sekali gus mengukuhkan cengkaman di tangga teratas perebutan gelaran dunia musim ini.

Juara dunia enam kali, Marc Marquez berada di posisi kedua, manakala pelumba pasukan Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia sekadar berpuas hati di kedudukan ketiga.

Related Articles

Back to top button