Semasa

Malaysia bersikap terus terang semasa pertemuan dengan wakil AS – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi Keganasan dan Risikan Kewangan Brian Nelson minggu lalu sebagai pertemuan yang berterus terang.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Lenggong, Perak pada Ahad beliau berkata itu adalah berasaskan kepada fakta.

“Saya menyampaikan sepertimana yang patut saya sampaikan bagi pihak kerajaan, beliau terima atau tidak itu kena tanya Brian Nelson,” katanya.

Saifuddin pada pertemuan dengan Nelson menyatakan pendirian Malaysia untuk tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas.

Beliau turut menegaskan polisi Malaysia yang hanya mengiktiraf sekatan yang dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita.

BACA LAGI: Malaysia hanya iktiraf sekatan UNSC, bukan oleh mana-mana negara

Sementara itu Saifuddin berkata, disebalik ketegasan itu, kerajaan juga menghargai hakikat bahawa Malaysia dan AS mempunyai sejarah kerjasama yang cukup panjang.

“Ia melibatkan hubungan diplomatik, perdagangan, ekonomi bahkan beberapa perkara kerjasama keselamatan. Jadi, itu kita hargai dulu,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button