Semasa

Menteri Kesihatan nyata komitmen selesai isu golongan jururawat

Menteri Kesihatan pada Ahad menzahirkan komitmen untuk menyelesaikan masalah dihadapi golongan jururawat terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, kerjaya jururawat adalah tulang belakang dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

“Selaku Menteri Kesihatan, saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan serta tugasan yang belum tuntas diselesaikan.

“Saya komited untuk tangani semua ini, berikan saya sedikit waktu,” katanya sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa dan ulang tahun kelahiran pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale yang disambut semalam.

BACA LAGI: KKM jalankan kajian menyeluruh keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan

Melalui hantaran sama Dr Dzulkefly turut menzahirkan penghargaan seluruh warga kejururawatan di Malaysia dan berharap mereka terus maju serta berjaya dalam menjalankan amanah mulia itu.

Related Articles

Back to top button