Semasa

Dr Zaliha arah DBKL tebang pokok berisiko tinggi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur segera menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi.

Arahan itu susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di ibu kota pada petang semalam.

Melalui satu kenyataan, Dr Zaliha berkata DBKL turut diarahkanmenambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” katanya.

BACA LAGI:MB Selangor arah PBT cantas semua dahan pokok tua

Dalam kejadian berikutan hujan dan angin kencang semalam, sebanyak lapan buah kenderaan rosak termasuk kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringi konvoi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akibat dihempap sebatang pokok tumbang.

Difahamkan Rauf sedang menghadiri satu urusan di ibu negara semasa insiden itu berlaku.

Related Articles

Back to top button