Semasa

Malaysia tidak perlu terlibat perniagaan kasino kedua – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata “tidak” kepada idea kemungkinan kasino kedua di Malaysia.

Bercakap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada Selasa, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia kini menumpukan kepada sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI) yang memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

Justeru, di bawah pentadbirannya, tiada keperluan untuk (lesen) kasino kedua di Malaysia.

“Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).

“Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya ketika menjawab soalan moderator Haslinda Amin dalam sesi pleno pada forum tersebut.

BACA LAGI: Dakwaan bina kasino di Forest City sabotaj berniat jahat – Menteri Besar

Penyertaan Anwar pada edisi keempat QEF adalah sebahagian daripada lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar,

Pada sesi pleno itu beliau ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan (lesen) kasino kedua di bawah Kerajaan MADANI.

Sebelum ini, Perdana Menteri menafikan laporan media asing mengenai kemungkinan mengeluarkan lesen kasino kedua di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

Related Articles

Back to top button