Semasa

PM Anwar arah ganti 1 pokok ditebang dengan 100 pokok baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon di Kuala Lumpur yang terpaksa ditebang, digantikan semula dengan 100 pokok baharu.

Menurut catatan di laman X, Anwar berkata, arahan mengenai perkara itu telah diberikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya.

Catatan itu sebagai respons kepada berita disiarkan Bernama pada 13 Mei, yang memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi.

Ia susulan beberapa kejadian pokok tumbang di ibu negara baru-baru ini susulan kejadian hujan dan angin kuat.

BACA LAGI: PM Anwar sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa pokok tumbang

Selain mengarahkan tindakan menebang pokok-pokok berisiko, Dr Zaliha turut mengarahkan DBKL menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Related Articles

Back to top button