Global

Tahap penghormatan Kyrgyzstan kepada Malaysia tinggi

Republik Kyrgyz menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dizahirkan rakan sejawatnya Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa di Bishkek petang semalam.

“Beliau kalau boleh minta supaya (kita) melantik seseorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyzstan). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia.

“… maknanya, apabila hendak berunding tentang soal seperti penswastaan, projek-projek hidro, lebuh raya atau penggalian emas umpamanya, mereka minta kalau boleh kita beri nasihat dan (kongsi) pengalaman kita untuk bantu,” katanya dipetik.

Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke republik itu atas jemputan Presiden Sadyr Zhaparov.

BACA LAGI: Malaysia tidak perlu terlibat perniagaan kasino kedua

Terdahulu pada lawatannya Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Sadyr Zhaparov.

Anwar sebelumnya diberikan sambutan rasmi dan lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang sebelum beliau memeriksa kawalan kehormatan tentera republik itu.

Related Articles

Back to top button