Semasa

UiTM: Zambry bidas pihak sebar fitnah, cuba cetus kecelaruan

Kerajaan tidak pernah bincang atau membenarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera seperti didakwa, tegas Menteri Pendidikan Tinggi.

Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, beliau percaya ada pihak tertentu sengaja memainkan isu membuka kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke institusi pengajian itu

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyatakan rasa kesal apabila itu itu terus dimainkan, sedangkan menurutnya pendirian kerajaan itu sudah ditegaskan beliau melalui kenyataan pada 2 Mei lalu bahawa kementerian tidak menerima permohonan daripada UiTM untuk membuka program latihan ijazah lanjutan kepakaran atau ‘parallel pathway’ kepada bukan Bumiputera.

“Saya ingin memaklumkan sekali lagi dengan tegasnya bahawa isu ini tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat kementerian mahupun peringkat Jemaah Menteri.

“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

BACA LAGI: KPM pastikan kebajikan, pendidikan anak 10 wira negara terbela

Terdahulu media melaporkan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM menyeru mahasiswa di universiti itu memakai pakaian hitam hari ini sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan Bumiputera.

Related Articles

Back to top button