Global

Menteri China, Lui Jian Chao puji ketegasan pentadbiran PM Anwar tidak tunduk kepada kuasa besar

Menteri Jabatan Antarabangsa Pusat Parti Negara China (IDCPC) TYT Liu Jian Chao memuji pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berani membuat keputusan dan tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar.

Perkara itu disampaikanya dalam pertemuan dengan delegasi Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) yang melawat negara tersebut sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia – China.

Ketegasan Malaysia itu juga menurut Liu amat dihormati kerana Malaysia juga mengamalkan sikap mahu berdamai dengan semua dan tidak memilih untuk bermusuh dengan sesiapa pun.

Dalam pertemuan petang semalam delegasi KEADILAN yang diketuai oleh Naib Presiden Nurul Izzah Anwar turut berbincang pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa bagi kepentingan bersama, termasuk kerjasama antara parti.

Liu secara khusus menekankan pentingnya China mengeratkan hubungan Malaysia atas pelbagai manfaat yang boleh diraih bersama.

BACA LAGI: Agong titah agar Malaysia guna keupayaan unik tingkat perdagangan dengan China

Sementara itu Nurul Izzah dipetik artikel yang disiarkan di laman web Jawatankuasa Pusat CPC (idcpc.org.cn) berkata, Malaysia sangat mementingkan hubungannya dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.

“Malaysia menghargai tradisi kemerdekaan dan masyarakat majmuk. Pada masa ini, keamanan dan pembangunan dunia, termasuk kestabilan rantaian bekalan, menghadapi banyak cabaran dan pihak Malaysia bersedia bekerjasama dengan pihak China untuk bersama-sama menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button