ekonomi

CAB Malaysia suku pertama 2024 melonjak – DOSM

Lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia pada suku pertama 2024 (1Q2024) melonjak kepada RM16.2 bilion, bersamaan dengan 3.5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui laporan Statistik Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa 1Q2024 berkata, peningkatan tersebut disokong oleh akaun Pendapatan dan Barangan yang lebih tinggi bagi suku tahun pertama 2024.

“Sementara itu, Akaun Kewangan merekodkan aliran keluar bersih RM18.7 bilion, terutamanya dalam pelaburan portfolio dan pelaburan langsung,” kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan media.

Sementara itu jelasnya, Akaun Pendapatan primer mencatatkan defisit yang lebih rendah RM8.8 bilion berbanding RM20.3 bilion pada suku sebelumnya.

Penurunan tersebut menurutnya disumbangkan oleh terimaan yang lebih tinggi RM28.4 bilion, terutamanya didorong oleh Pelaburan lain disebabkan peningkatan dalam pendapatan pelaburan yang dijana di luar negara.

BACA LAGI: DOSM jangka pertumbuhan ekonomi lebih baik suku kedua 2024

“Pada masa yang sama, bayaran berkurang kepada RM37.2 bilion pada tempoh yang sama, terutamanya dari pelaburan langsung memandangkan pelabur asing di Malaysia memperoleh pendapatan yang lebih rendah,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button