Semasa

Kerajaan teruskan penggunaan sistem e-Jamin

Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan sistem e-Jamin, tegas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM)

Melalui satu kenyataan, BHEUU berkata, langkah tersebut selari dengan aspirasi Kerajaan Madani dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggalakkan inisiatif pendigitalan sistem perkhidmatan kerajaan bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Pengumuman ini sebagai menjawab notis Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Zambri Bakar pada Isnin, yang memaklumkan kepada para peguam dan mahkamah-mahkamah bahawa sistem e-Jamin tidak akan diteruskan berkuat kuasa 19 Mei.

“BHEUU ingin menegaskan bahawa keputusan pembatalan ini telah diambil tanpa sebarang pengetahuan dan perbincangan dengan bahagian ini yang sepatutnya ia perlu dirujuk dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

“Justeru itu, pihak JPM telah pun membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan sistem e-Jamin,” katanya.

BACA LAGI: Dakwaan Mahkamah Sivil sebagai mahkamah kafir akan jahanamkan negara

Terdahulu 50 peguam dilapor menandatangani memorandum petisyen berhubung keputusan mengejut mahkamah membatalkan sistem pengurusan ikat jamin elektronik, e-Jamin yang membolehkan pihak yang menjamin membuat bayaran melalui transaksi perbankan dalam talian.

Mereka mendakwa sistem manual untuk menjelaskan wang ikat jamin tertuduh bermasalah kerana hanya boleh dikembalikan dalam tempoh tujuh hari, berbanding dengan sistem e-Jamin, jumlah wang itu boleh dikembalikan serta-merta selepas selesai kes.

Related Articles

Back to top button