Semasa

Menteri KPKT ingatkan PBT agar guna peruntukkan secara telus

Semua agensi dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan untuk menggunakan peruntukkan diluluskan secara telus.

Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata, setiap negeri melalui PBT menerima peruntukan yang besar bagi melaksanakan projek untuk kemajuan komuniti di setiap kawasan dan mereka perlu turut memastikan projek dilaksana dijalankan mengikut piawaian ditetapkan.

“Setiap sen peruntukan yang diturunkan wajib mematuhi Analisis Kos Faedah (CBA).

“Kita tidak mahu lagi kes tong sampah berharga RM100 tetapi PBT beli RM500 dan jika ini terus berlaku tahun depan kita akan potong peruntukan malah satu sen pun saya tidak akan bagi lagi,“ katanya dalam satu sidang media di Batu Berendam, Melaka semalam.

Terdahulu Nga mengadakan lawatan ke Medan Selera Sultan Muhammad sempena rangka lawatan program Sentuhan Kasih KPKT.

Lawatan itu turut dihadiri Exco Kanan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM83.66 juta kepada Melaka bagi merealisasikan 17 projek yang berperanan penting dalam strategi pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

Peruntukan tersebut merangkumi kategori bina baharu serta projek sambungan dan merupakan yang terbesar dalam sejarah Melaka, dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) iaitu RM22.31 juta.

BACA LAGI: KPKT pulihkan 10,560 perumahan swasta dengan nilai kasar cecah RM8.23 bilion

Sementara itu Nga berkata, kementeriannya akan memantau sendiri bagaimana peruntukkan disalurkan kepada setiap PBT akan digunakan.

Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana PBT yang gagal mencapai prestasi ditetapkan.

“…kita akan keluarkan surat teguran kepada pegawai yang bertanggungjawab dan peruntukan kepada YDP (Yang Dipertua) dan barisannya pada tahun berikut akan dipotong sebagai mesej agar dia wajib mencapai prestasinya,“ tambahnya.

Related Articles

Back to top button