RM320 juta untuk selesai isu air Sabah dijangka diterima Julai ini – Ir Shahelmey
Bantuan RM320.25 juta Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan pelan jangka pendek untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah dijangka diterima Julai ini.
Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata peruntukan itu tetap tetapi tidak sebelum beberapa kelulusan perlu daripada Kementerian Ekonomi dan agensi berkaitan dengan air.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa mesyuarat membincangkan pembangunan Sabah pada April, mengarahkan proses itu dijalankan sebelum pengeluaran NOC (notis perubahan).
“Ini membolehkan proses itu dipercepatkan dan dijalankan serentak yang kita jangka akan dapat pada Julai,” katanya dipetik laporan portal tempatan harianexpress.
Shahelmey ditemui pada majlis pecah tanah Skim Bekalan Air Segera (UWSS) di Loji Rawatan Air Kasigui, di Panampang baru-baru ini.
Skim itu akan membolehkan tambahan lima juta liter sehari (JLH) air untuk memberi manfaat kepada 25,000 penduduk sekitar Putatan dengan purata penggunaan air harian ialah 200 liter sehari.
BACA LAGI: Pusat Jantung Negara Sabah, Pengumuman bukti keprihatinan Perdana Menteri
Projek penyelesaian jangka pendek itu akan merangkumi pelbagai kerja menaik taraf, termasuk menaik taraf struktur saluran air Kasigui lama, pemasangan saluran paip air mentah dan pemasangan paip air terawat.
“Penyelesaian jangka panjang ialah empangan yang dibina sama ada di Papar atau empangan Ulu Padas yang sedang dalam pembinaan. Sekiranya empangan Papar mendapat bantuan, ia akan dapat membekalkan kami bekalan air yang mencukupi sehingga 2050. Bagaimanapun, isu kewangan dan teknikal masih dibincangkan,” katanya.