Anak Perdana Menteri nyata solidariti buat Palestin ketika majlis graduasi di New York
Anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat Jumaat lalu.
Anwar melalui satu perkongsian klip video memaparkan Nurul Hana memakai keffiyeh bersama ‘topi mortarboard’ ketika menaiki pentas graduasi sambil membawa bersama kain rentang yang tertulis ‘Free Palestine’.
Aksi Nurul Hana itu juga turut mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir pada majlis graduasi berkenaan.
“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya Nurul Hana yang bergraduasi dari New York University (NYU).
“Hana juga nyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,”tulis Anwar mengucapkan tahniah buat anak bongsunya itu.
Sebagai rekod, Anwar baru-baru tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh dalam dunia.
Beliau menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaru The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.
BACA LAGI: PM Anwar wakili suara majoriti rakyat dunia pertahan warga Palestin
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut diiktiraf sebagai pemimpin dunia Islam paling lantang membela Palestin.
Malah seorang wartawan terkenal warga British-Amerika Mehdi Hasan berkata Anwar kini mewakili suara majoriti rakyat dunia yang mempertahankan hak warga Palestin.