Negeri

Pandangan golongan muda diambil kira dalam merancang pembangunan Selangor

Pentadbiran kerajaan negeri Selangor sentiasa mengambil kira pandangan golongan muda dalam rancangan pembangunan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi tujuan itu sesi libat urus bersama persatuan dan kelab belia diadakan bagi memahami kemahuan serta akal fikiran anak muda demi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar, terutama dalam fasa pemulihan susulan krisis Covid-19.

“Keluh kesah golongan muda selain pandangan mereka terhadap kerajaan sentiasa diambil kira bagi memastikan rancangan pembangunan negeri berjalan lancar.

“Pentadbiran ini tidak akan berdiam diri sebaliknya turun pandang bertemu generasi muda. Kita banyakkan sesi dialog untuk tahu kefahaman, kegelisahan anak muda.

“Kita mahu beri harapan baharu dan atasi kegelisahan mereka dengan tuntas kerana kita yakin pentadbiran negeri akan terus menampilkan kelompok ini untuk memimpin,” katanya.

Beliau sebelumnya menyampaikan ucapan sempena majlis penutup sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Institut Kemahiran Belia Negara Pertak di Hulu Selangor pada Ahad.

BACA LAGI: Menteri Besar sumbang RM99,000 kepada 24 persatuan belia, pelajar Selangor

Sambutan Hari Belia peringkat Selangor bertemakan Yakin Boleh diadakan tiga hari bermula Jumaat lalu dengan lebih 2,000 peserta terlibat .

Selain pengisian lebih 20 program yang menerapkan elemen Yakin Boleh, sambutan turut menawarkan 3,000 peluang kerjaya menerusi karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Related Articles

Back to top button