hiburan

GPPF baharu pastikan karya kekal estetik, tak sentuh isu sensitif guris hati masyarakat

Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) baharu diperkenalkan pada Isnin akan memastikan penghasilan karya lebih berkualiti tanpa menyentuh sensitif melibatkan masyarakat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, GPPF telah melalui penambahbaikan dengan menggariskan tiga teras utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.

Ia jelasnya untuk memastikan perkara disepakati dalam Perlembagaan meliputi soal agama Islam sebagai agama Persekutuan, peranan institusi raja dan bahasa tidak dipertikai dalam kandungan filem.

“Tujuan garis panduan baharu ini dibuat supaya ia lebih jelas daripada aspek keseragaman dan tidak boleh ada dwi standard.

“Hasrat sebenar Lembaga Penapis Filem (LPF) adalah meminimakan arahan penggubahan agar tidak jejas nilai estetika sesebuah karya,” katanya.

Beliau sebelumnya melancarkan garis panduan baharu itu dalam satu majlis di Putrajaya.

Mengulas lanjut Saifuddin menegaskan garis panduan baharu itu bukan dibuat melalui keputusan unilateral sebaliknya dihasilkan dengan mengambil kira pandangan pemegang taruh.

BACA LAGI: LPF tak akan luluskan filem berunsur LGBTQ, komunisme dan bertentangan akidah

Berdasarkan buku Garis Panduan Penapisan Filem baharu yang diedarkan, kandungan filem hendaklah tidak menyemarakkan isu perkauman, ketegangan politik dan kesalahfahaman terhadap agama.

Selain itu, kandungan filem hendaklah tidak menyentuh gaya hidup liar, tidak berpedoman, songsang dan bertentangan dengan budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat.

Related Articles

Back to top button