Negeri

KKDW peruntuk dana RM1.5 bilion untuk pembangunan kawasan luar bandar Sarawak

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk pembangunan luar bandar Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dana yang sangat signifikan itu adalah untuk memudahkan perancangan dan juga perlaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sudah pasti saya akan terus memainkan peranan di dalam pembangunan kawasan luar bandar di Sarawak ini untuk membantu Kerajaan negeri bagi memastikan terutamanya infrastruktur di kawasan luar bandar dapat dipertimbangkan,” katanya di majlis sambutan Pra Gawai Sarikei 2024.

BACA LAGI: PETRA hampir capai 98 peratus liputan akses air bersih, pembentungan di luar bandar

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, antara fokus pembangunan di kawasan luar bandar negeri itu antaranya pembinaan jambatan, penyediaan bekalan elektrik dan air bersih dan perkhidmatan telekomunikasi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat prihatin dan mahu supaya kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah harus di diberikan keadilan untuk mendapat liputan 5G supaya kita dapat berhubung dengan dunia luar.

“Ini penting terutamanya untuk anak sekolah sama ada mereka berada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah mahupun yang berada di peringkat pengajian tinggi, dan ini harus dilakukan dalam waktu yang terdekat,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button