Semasa

Perbincangan akan diadakan, cari formula khusus penjagaan pokok sekitar Kuala Lumpur – Menteri

Kerajaan akan mencari formula khusus bagi penjagaan pokok di sekitar Kuala Lumpur.

Sehubungan itu menurut Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zalina Mustapa, satu perbincangan antara jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi tujuan itu bersama badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan dalam masa terdekat.

“Saya difahamkan ada formula khusus dalam penanam dan penjagaan pokok ini. Jadi itu akan diambil kira tentang perkara itu. Dalam masa terdekat ini, kita akan duduk dan bincang apakah pelaksanaan yang terbaik mungkin boleh dilakukan.

“Ia akan diadakan bersama jawatankuasa khas kita dan turut dijemput NGO yang mahir dalam hal ini seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Persatuan Arborist Malaysia (Arborist),” katanya.

Beliau sebelumnya menyampaikan sumbangan Haji Muasassah kepada bakal haji di Wilayah Persekutuan dalam satu majlis di Putrajaya pada Isnin.

Mengulas lanjut Dr Zaliha turut menjelaskan, perbincangan itu juga bertujuan mencari mekanisme serta menaik taraf pelaksanaan garis panduan sedia ada.

Jelas Dr Zaliha, sebanyak 200,000 pokok telah dikenal pasti di ibu negara dan beberapa pokok yang berisiko tinggi sudah ditebang.

BACA LAGI: PM Anwar arah ganti 1 pokok ditebang dengan 100 pokok baharu

“Pokok-pokok yang berisiko tinggi ini telah kita lakukan penebangan dan terakhir pada minggu lalu, saya difahamkan terdapat sebanyak 28 pokok belum ditebang lagi.

“Bagaimanapun, kita sarankan pokok-pokok yang ditebang ini perlu diganti dan lihat dari semua sudutlah seperti berapa jumlahnya. Kita akan tengok semua faktor itu,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button