Semasa

Kerajaan akan bertindak tegas kepada pihak cuba gugat keamanan negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras terhadap pihak yang cuba mengeruhkan suasana aman dinikmati di Malaysia.

Merujuk beberapa perkembangan berkaitan keselamatan baru-baru ini beliau turut memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak keras terhadap gerombolan yang sengaja mencetuskan ketidakamanan dan mengganggu ketenteraman negara.

“Kita bersyukur kepada Allah kerana menikmati keadaan selesa dan membahagiakan namun di beberapa minggu kebelakangan ini negara dikejutkan insiden keganasan yang meragut nyawa pasukan keselamatan.

“Saya memberi jaminan akan adakan pertemuan dengan pasukan keselamatan, kita akan bertindak keras terhadap gerombolan terbabit untuk memastikan keadaan bertambah tenang,” katanya melalui Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam tadi.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu, dua anggota polis — Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, — terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas mereka diserang penceroboh di Balai Polis Ulu Tiram.

BACA LAGI: Polis siasat ugutan bunuh dihantar kepada Teresa Kok

Pada hari sama, dua lelaki ditahan oleh polis kerana cuba menceroboh Istana Negara.

Pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki mereka dan menjumpai sebilah parang dalam kenderaan terbabit

Suspek berkata mereka mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

Related Articles

Back to top button