Semasa

Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan termasuk melalui penggubalan Dasar Gaji Progresif – PM

Kerajaan Persekutuan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, hasrat itu dilihat boleh dicapai melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya.

Kita serius menggubal Dasar Gaji Progresif yang membabitkan sektor swasta kerana ramai anak muda serta graduan bertanyakan apa nasib mereka.

“Sasaran gaji baharu sektor awam akan memberi mesej jelas kepada sektor swasta supaya mencatatkan keuntungan tinggi namun janganlah dengan meninggalkan peluang dan kedudukan pekerja sama ada peringkat bawahan atau profesional,” katanya dalam Perutusan Negara malam tadi.

BACA LAGI: Institusi zakat mesti kurangkan kesenjangan ekonomi, noktahkan kemiskinan

Pada 1 Mei, Anwar mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu akan membabitkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Baru-baru ini beliau menyatakan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu mengikuti langkah tersebut dengan meningkatkan gaji penjawat awam di negeri masing-masing.

Related Articles

Back to top button