Semasa

Penjimatan perbelanjaan negara dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI akan sedaya upaya dan berani membuat perubahan untuk kebaikan rakyat.

Melalui Perutusan Negara yang disiarkan malam tadi beliau berkata, pentadbirannya akan melaksana tatakelola yang baik supaya setiap penjimatan yang terhasil dapat digunakan dengan menambah baik bantuan kepada rakyat.

Selain inisiatif menambah baik pengurusan fiskal negara dan mengambil pendekatan berani untuk menyasarkan semula subsidi, pentadbirannya turut giat menghapuskan budaya rasuah yang telah berakar umbi sejak sekian lama.

“Kedudukan kewangan negara perlu diperkukuh bagi membolehkan Kerajaan berbelanja untuk kebajikan rakyat dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

“Dalam soal subsidi, Kerajaan perlu mengambil pendekatan berani untuk menyasarkan semula subsidi. Tindakan kita dalam menyasarkan semula subsidi memberi penjimatan kepada wangrakyat yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan lain.

“Bukti anjakan pengurusan kewangan negara ini kita dapat dilihat dengan jelas. Sebahagian penjimatan itu dapat digunakan dengan menambah baik bantuan kepada rakyat,” katanya yang memberi contoh penambahbaikan dalam pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2024, pentadbiran Anwar menambahbaik SARA dengan peningkatan peruntukkan kepada RM700 juta berbanding RM130 juta bagi tahun sebelumnya dimana nilai bantuan dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,200.

BACA LAGI: YDPA sokong langkah penjimatan oleh kerajaan, termasuk melalui subsidi bersasar

Manakala peruntukkan untuk STR pula di naikkan sebanyak RM2 bilion atau 25% iaitu daripada RM8 bilion (2023) kepada RM10 bilion (2024) yang memanfaatkan sekitar 9 juta penerima bersamaan 60% penduduk dewasa Malaysia.

“Bantuan murid sekolah juga telah ditambah baik. Bermula tahun 2023, kita memperluas Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 5 dengan peruntukan hampir RM800 juta.

“Hanya di bawah Kerajaan MADANI, Insentif Pengeluaran Getah telah dinaikkan bukan sekali, tetapi dua kali iaitu daripada RM2.50 sekilogram pada tahun 2022 kepada RM2.70 sekilogram (2023) dan RM3.00 ringgit sekilogram pada tahun ini.

“Kerajaan MADANI juga mengambil langkah meningkatkan pendapatan pesawah. Kadar Skim Subsidi Harga Padi telah ditingkatkan daripada RM360 (2022) kepada RM500 per metrik tan pada tahun 2023,” jelasnya lagi.

Related Articles

Back to top button