Semasa

Penyasaran subsidi bahan api langkah berani oleh kerajaan – Prof Jomo

Pakar ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram menyifatkan penyasaran subsidi bahan api termasuk diesel yang bakal dilaksana pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah berani.

Dipetik wawancara dalam Buletin AWANI Khas malam tadi beliau berkata, beliau tertarik apabila pelaksanaan bahan api itu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan penting.

“Bagaimanapun, apa yang ingin dilihat kelak adalah adakah penyasaran dan hasil daripadanya ini benar-benar sampai kepada golongan memerlukan… golongan yang terbeban (B40 dan miskin).

“Kalau kita lihat dulu, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) gagal kerana rebat. Orang yang sepatutnya dapat tidak dapat (rebat). Ini akhirnya menyebabkan GST itu cukup tidak popular,” katanya yang meletakkan harapan tinggi hasrat kerajaan menyasarkan semula subsidi itu dan pelaksanaannya dapat bergerak seiring.

BACA LAGI Pelaksanaan subsidi bersasar selamatkan ekonomi negara

Terdahulu perdana menteri melalui Perutusan Negara yang disiar pada malam Selasa memaklumkan akan melaksana penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Langkah tersebut jelasnya dijangka akan menjimatkan wang kerajaan RM4 bilion setahun.

Bagaimanapun tambahnya, bagi mengurangkan kenaikan mendadak harga barang, kerajaan akan terus memberi subsidi diesel kepada yang layak melalui mekanisma lain.

Related Articles

Back to top button