Global

PM Anwar hadiri Persidangan Nikkei di Jepun

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan misi mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan, Anwar akan mengadakan lawatan kerja ke Jepun bermula hari ini hingga Jumaat bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).

Ini adalah penyertaan pertama Perdana Menteri ke Persidangan Nikkei yang menjadi perhimpunan tahunan di mana pemimpin politik, ekonomi dan akademik dari rantau Asia Pasifik menyuarakan pendapat secara bebas serta terbuka mengenai isu serantau selain membincangkan peranan Asia di pentas dunia.

Pada lawatan kali ini, beliau akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Ketika berada di Jepun, Anwar akan menyampaikan ucaptama dengan tema ‘Asian Leadership in an Uncertain World’ pada persidangan tersebut.

Selain itu beliau turut dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida.

“Pertemuan itu akan memberi peluang untuk kedua-dua pihak menilai dan membincang inisiatif memperkukuh hubungan yang sudah lama terjalin antara Malaysia-Jepun serta kerjasama dalam pelbagai bidang, susulan penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.

“Antara perkara dijangka dibincangkan adalah teknologi tinggi, peralihan tenaga dan alam sekitar, pertahanan dan keselamatan serta kerjasama dalam pendidikan tinggi.

BACA LAGI: Negara rantau Asia Tengah berpotensi jadi rakan kerjasama strategik Malaysia

“Mereka juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya.

Perdana Menteri juga dijadual memberikan ucapan di Universiti Keio.

Related Articles

Back to top button