Semasa

Menteri KDN ingatkan masyarakat kepada bahaya budaya takfiri

Menteri Dalam Negeri (KDN) mengingatkan orang ramai mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir (takfiri) sesama Islam boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan termasuk kemusnahan dahsyat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, perbuatan itu adalah dilarang oleh agama dan perbuatan menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah sehingga menyebabkan putuskan silaturahim antara sesama agama selain membawa implikasi buruk kepada masyarakat dan negara.

“Perbuatan mengkafirkan orang ini dari segi agama pun tak betul, kita tidak boleh mengkafirkan orang sewenang wenangnya, daripada segi hukum dan undang-undang pun juga begitu.

“Amalan yang kepada membawa kepercayaan iman kita sendiri sahaja yang sempurna, orang lain rosak imannya tidak boleh dibenarkan sebab ia akan membawa kepada kemungkinan-kemungkinan lain yang lebih dahsyat.” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya pada Khamis.

Saifuddin mengulas kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu baru-baru ini yang mengorbankan dua serta mencederakan seorang pegawai polis lain yang bertugas.

“Kita dapat ‘establish’ pertama (suspek) tidak campur dengan masyarakat, alasan tidak bercampur itu antaranya melalui siasatan polis adalah kerana melihat orang lain sebagai kafir.

“Sebab itu dia tidak pergi sembahyang sebab masjid itu dibina kerajaan. Kesan daripada itu sebab keyakinan dia bahawa Islam cuma dia, orang lain kafir,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, dalam kejadian pada jam 2.45 pagi 17 Mei 2024 itu, dua anggota Balai Polis Ulu Tiram, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, parah selepas ditetak dan ditembak suspek.

BACA LAGI: Tak perlu simpati kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram – Majlis Fatwa Johor

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kemduian memutuskan kematian dua anggota polis dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, sebagai syahid akhirat.

Ia berikutan kematian dua anggota polis berkenaan bagi menjaga dan mempertahankan keselamatan serta kepentingan negara.

Related Articles

Back to top button