Parlimen

Pindaan Akta Penagihan Dadah 1983 bakal beri impak besar kepada AADK – Menteri KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal membentangkan input berkaitan pindaan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 ke mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang dijadualkan pada 11 Jun ini.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses pindaan itu kini diperingkat akhir dan bakal dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.

“Mesyuarat Jemaah Menteri beberapa minggu lepas bersetuju bahawa satu sahaja lagi fasa untuk mengharmonikan beberapa peruntukan dalam rang undang-undang (RUU) itu, yang memerlukan KDN dan Kementerian Kesihatan berbincang (lanjut),” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis.

Mengulas mengenai pindaan itu, Saifuddin berkata ia akan impak besar kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam menunaikan tanggungjawab mereka.

BACA LAGI: Malaysia sita RM990 juta harta terkait jenayah dadah sejak 2019

“Kalau mengikut amalan sekarang, ia akan membawa tugas tambahan kepada polis. (Contohnya) kena buka IP (kertas siasatan) dan kemudian berakhir dengan pertuduhan di mahkamah kemudian ke penjara. (Jadi) penjara sesak, kes mahkamah jadi bertambah dan tugas polis buka IP pun banyak,” katanya.

Apabila wujud elemen dekriminalisasi nanti, satu kaedah baharu jelasnya ditampilkan dengan mereka yang terbabit dengan dadah boleh terus diberi peluang menjalani rawatan terutama membabitkan kes yang mereka datang secara sukarela ke pusat pemulihan.

Related Articles

Back to top button