Semasa

SPM 2023: boleh semak keputusan melalui SMS atau dalam talian mulai Isnin

Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bolehmelakukan semakan kepada keputusan peperiksaan masing-masing melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi platform media sosial X memaklumkan semakan melalui SMS boleh bermula jam 10 pagi Isnin depan dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023.

“Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my,” menurut KPM.

BACA LAGI: 28,531 calon peperiksaan UPKK 2023 peroleh keputusan cemerlang 8A

KPM sebelum ini memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini dan calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Sementara itu menurut KPM, mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan masing-masing.

Related Articles

Back to top button