Semasa

Penyasaran subsidi diesel: KPDN beri jaminan tingkat penguatkuasaan tangani kenaikan harga

Kerajaan melalui kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi menangani kenaikan harga barang.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali memberi jaminan itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan api diesel.

“Kita ada (beberapa) pendekatan yang akan kita umumkan kelak sebaik kerajaan mengumumkan tarikh penyasaran semula subsidi diesel.

“Tindakan ini dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang melakukan pencatutan terhadap barang keperluan,” ujarnya.

Perdana Menteri melalui Perutusan Negara yang disiarkan pada Selasa lalu mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Ia tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan kebanyakkan penduduknya menggunakan bahan api itu bagi urusan harian mereka.

BACA LAGI: Penyasaran subsidi wajar, mampu elak pembaziran selain tangani isu penyeludupan

Sementara itu menjelang pelaksanaan subsidi bersasar termasuk bahan api, kerajaan akan memberi tumpuan untuk memastikan penyediaan mekanisme pelaksanaan yang sesuai, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan sedang memperhalusi mekanisme bagi memastikan apabila langkah itu dimulakan, ia adalah sesuai dan dinikmati kumpulan yang tepat, dan kerajaan menerima insentif penjimatan yang mencukupi daripada sistem tersebut.

Related Articles

Back to top button