Semasa

Kerajaan fokus penyasaran subsidi lebih adil, tak cadang perkenal percukaian baharu

Kerajaan MADANI tidak bercadang memperkenalkan intrumen percukaian baharu, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui ucapan di Konvensyen MADANI di sebuah hotel di Melaka pada Sabtu, Anwar berkata pentadbirannya mahu melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat.

“Saya tidak mahu perkenalkan instrumen percukaian baharu yang membebankan rakyat, tentang penyasaran subsidi diesel, diesel yang bocor ini melibatkan berbilion ringgit… orang kaya, perindustrian besar yang kerajaan masih berikan subsidi.

“Jadi penyasaran subsidi itu dikenakan kepada orang-orang kaya, industri besar dan warga asing. Para nelayan dan pekebun kecil, pemandu grab dan teksi, semua dikecualikan… mungkin hampir sejuta rakyat dikecualikan daripada dikenakan cukai diesel,” katanya.

Konvensyen itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu Ab Rauf ketika menyentuh mengenai konvensyen itu berkata, 10 resolusi telah diperhalusi untuk dicerakin dan direalisasikan melalui program dua hari yang bermula Jumaat itu.

BACA LAGI: Pelaksanaan subsidi bersasar langkah besar selamatkan ekonomi negara

Iaa termasuk mengakui Malaysia MADANI adalah gagasan yang berupaya menyelesaikan permasalahan ummah, memenuhi kehendak semasa dan masa hadapan serta potensi rakyat negeri dan negara.

“Suara dan hasrat rakyat serta agensi kerajaan harus disinergikan sebagai usaha membangun negara MADANI seiring dengan kegiatan dakwah agar mesej RAHMAH dapat diterjemahkan kepada masyarakat dengan lebih strategik,” katanya.

Related Articles

Back to top button