Semasa

Rakyat diseru pertahan perpaduan, jadikan kepelbagaian sebagai kekuatan

Rakyat seharusnya menjadikan kepelbagaian kaum sebagai kelebihan sekaligus membentuk perpaduan sebagai kekuatan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, generasi terdahulu bersungguh-sungguh menerapkan semangat perpaduan dan ia terserlah melalui moto dalam jata negara iaitu ‘Bersekutu Bertambah Mutu’.

Pada ucapannya majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan 2024 di Johor Bahru malam tadi, Anwar mahu rakyat mengambil iktibar dari beberapa negara yang hancur akibat pergaduhan hanya kerana perbezaan suku kaum.

“Bosnia, di antara kaum, penganut agama, dihasut, dibawa isu-isu kaum aku lebih gagah, kaum aku harus diperkasakan, kaum kamu bodoh, kaum kamu tidak bertamadun.

“Bergaduh, berpecah-belah, hampir hancur negara, baru hidup semula dari satu negara jadi tiga.

“Dari satu Yugoslavia, jadi tiga…kerana perkauman, agama yang sempit kenegerian bukan angkat martabat keinsanan, tapi pecah belah, tanam kebencian,” katanya.

Melalui ucapan itu Anwar menasihatkan rakyat Malaysia, terutama anak muda, untuk belajar daripada sejarah kerana perpaduan sememangnya kekuatan negara ini.

BACA LAGI: ‘Perpaduan hadiah paling bermakna untuk saya’ – Sultan Ibrahim

“Bapa-bapa kita berjasa untuk menyatukan pelbagai kaum. Bermula dari Tanah Melayu, dengan Melayu, Cina, India, dengan kerjasama suku kaum kecil lain.

“Kemudian juga ada pelbagai suku kaum, Sabah dan Sarawak, itu jasa mereka (generasi terdahulu).

“Tanggungjawab anak-anak muda, jangan anggap perkara ini satu ketentuan yang boleh diremehkan,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button