Negeri

Selangor peruntukkan RM6 juta untuk sumbangan ibadah korban tahun ini

Kerajaan Negeri Selangor memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 1,000 ekor kambing dan 700 lembu akan disumbangkan kepada wakil rakyat, masjid, surau dan badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun ini.

“Alhamdulillah, setiap tahun Kerajaan Selangor tidak pernah melepaskan peluang untuk laksana ibadah korban dan mengagihkan kepada rakyat memerlukan di negeri ini.

“Kita harap lembu dan kambing yang diberikan kepada wakil penerima nanti dapat dijadikan ibadah korban dan tidak disalahgunakan,” katanya pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Selangor di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam pada Sabtu.

BACA LAGI: Selangor berhasrat perkenal Akademi Pengajian Turath

Difahamkan, program sumbangan korban melibatkan tajaan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri antaranya Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor , Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Selain itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Worldwide Holdings Berhad, Central Spectrum Sdn Bhd, Kumpulan Perangsang Selangor, Central Spectrum Sdn Bhd dan KDEB Waste Management.

Related Articles

Back to top button