Semasa

AMK Sarawak puji ketegasan PM Anwar menentang cubaan pecahbelah rakyat

Ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pendirian menentang sebarang cubaan memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut garis perkauman dipuji.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Chiew Choon Man melalui satu kenyataan berkata, cubaan kumpulan politik tertentu menggunakan isu sekolah vernakular sebagai platform untuk mencetuskan ketegangan kaum dan mengkritik kerajaan sama sekali tidak boleh diterima.

“Saya menyokong penuh pendirian Perdana Menteri dalam isu kritikal ini.

“Sarawak adalah contoh cemerlang masyarakat berbilang agama dan budaya yang menerima kepelbagaian.

“Sebagai rakyat Sarawak, saya amat berbangga dengan kekayaan kepelbagaian agama dan budaya negeri kita. Kami menghargai penghormatan terhadap perbezaan,” kata Ahli Parlimen Miri itu dalam kenyataan.

Anwar pada Sabtu mengingatkan semua pihak supaya menghormati kewujudan sekolah vernakular Cina dan Tamil, sambil menegaskan negara ini telah lama mengamalkan sistem persekolahan berkenaan.

Pada satu sidang media, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga mengingatkan umat Islam supaya tidak mengabaikan ayat al-Quran mengenali perbezaan dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

BACA LAGI: Rakyat diseru pertahan perpaduan, jadikan kepelbagaian sebagai kekuatan

“Saya amat menghargai komitmen teguh Perdana Menteri untuk menegakkan penghormatan terhadap perbezaan, yang penting untuk perpaduan dan kemajuan negara.

2Dengan menjunjung nilai saling menghormati dan menghargai kepelbagaian, kita dapat membina Malaysia yang lebih harmoni dan makmur untuk semua,” tambah Chiew yang menyeru semua rakyat khususnya di Sarawak untuk terus bersatu di belakang wawasan Perdana Menteri.

Related Articles

Back to top button