Semasa

Menteri Kewangan II bakal perincikan mekanisme penyasaran subsidi diesel – PM Anwar

Mekanisme dan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api diesel akan dimaklumkan pada masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkaitan penyasaran subsidi diesel itu akan dijelaskan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kerana beliau sudah pun memberikan gambaran mengenainya dan kini hanya perlu tindakan susulan.

“Ada orang tanya mengapa? Bukan semua Perdana Menteri yang lakukan. Saya beri gambaran dan kerangka besar, kemudian akan ada tindakan susulan,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau sebelumnya menghadiri Pameran Era Pasca Normal Madani yang diadakan di Berjaya Times Square.

BACA LAGI: Adakah PN akan beri subsidi kepada orang kaya dan warga asing jika berkuasa?

Anwar melalui Perutusan Negara yang disampaikan Selasa lepas berkata, Jemaah Menteri bersetuju telah untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel di Semenanjung Malaysia.

Langkah berani itu jelasnya dijangka memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun Anwar menegaskan, langkah penyasaran subsidi itu bagi memastikan orang-orang kaya, industri besar dan warga asing tidak lagi menikmati subsidi yang sepatutnya diberikan untuk membantu rakyat terbanyak yang memerlukan.

Justeru subsidi diesel akan terus disalurkan kepada golongan yang layak termasuk peniaga kecil, nelayan dan petani melalui cara berbeza.

Related Articles

Back to top button