ekonomi

Penyasaran subsidi bahan api langkah amat terpuji – Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh Hamzah memuji langkah kerajaan untuk melaksana penyasaran subsidi bahan api .

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, penyasaran subsidi diesel yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selasa lalu dianggap sebagai satu langkah amat terpuji, disebabkan keadaan ekonomi negara yang amat tenat.

Ia jelasnya adalah jalan keluar bagi mengurangkan tanggungan kerajaan.

“Hutang kita banyak, liabiliti kita dari segi jaminan untuk pinjaman yang dibuat oleh kerajaan, badan berkanun dan juga syarikat besar adalah banyak.

“Subsidi yang diberi begitu banyak dan kebanyakan subsidi ini ‘bocor’. Ia tidak dinikmati oleh golongan sepatutnya. Jadi, sewajarnya kerajaan mencari jalan supaya yang patut menikmati subsidi ini menikmatinya,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata begitu pada acara dialog sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Ahad.

BACA LAGI: PM Anwar gesa golongan muda fahami objektif setiap keputusan kerajaan

Beliau sementara itu menyifatkan penyasaran subsidi yang mahu dilakukan oleh kerajaan pimpinan Anwar bukan sesuatu yang mudah.

“Tetapi saya rasa niat dan usaha ditunjukkan pemerintah pada masa ini baik. Sama ada berjaya atau tak kita tunggu dan tengok,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button