Negeri

Selangor pelawa orang ramai mohon Geran Kecil Alam Sekitar

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa orang ramai di negeri itu memohon Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) bagi projek sistem penuaian air hujan dan kebun komuniti.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin melalui satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan permohonan geran bernilai sehingga RM10,000 itu boleh dimohon bermula 1 hingga 30 Jun depan.

“Untuk projek sistem penuaian air hujan, permohonan boleh dibuat bagi kegunaan domestik dan pertanian kecil.

“Manakala bagi kebun komuniti, pemohon digalakkan memohon bagi ruang hijau, tempat pembelajaran alam sekitar dan sumber makanan organik,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi imbasan kod QR yang tertera di poster atau menerusi pautan http://tiny.cc/GeranKecilAlamSekitar24.

BACA LAGI: KPKT mahu perkasa industri langskap sebagai sumber ekonomi baharu negara

Sementara itu menurutnya, peserta perlu melaksanakan projek bermula 1 Ogos hingga 30 Oktober depan dengan tarikh penyerahan laporan perlu dibuat pada 15 November.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 03-5544 7841 atau menerusi e-mel ke [email protected].

GKAS mula diperkenal pada 2018 bertujuan membantu projek berpotensi yang menghasilkan dampak positif kepada negeri selain mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar.

Related Articles

Back to top button