Uncategorized

Sultan Ibrahim terima mengadap Ketua Pengarah MCBA di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Hazani mempersembahkan peranan MCBA sebagai agensi bertanggungjawab mengawal selia sempadan negara bagi memelihara keselamatan serta kedaulatan negara.

“Hazani yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Pengarah pertama MCBA.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim. Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara (27 Mei),” kata laman Facebook tersebut, hari ini.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Dilaporkan MCBA akan mengambil alih 22 pintu masuk sempadan dengan kekuatan anggota keseluruhan seramai 14,000 sebaik rang undang-undang (RUU) penubuhan agensi itu diluluskan Parlimen, Julai ini.

Hazani Ghazali berkata, pihaknya dijangka akan mengambil alih pelabuhan, lapangan terbang, pintu masuk darat, laut dan udara.

Related Articles

Back to top button