Teknologi

Fakulti AI di UTM beri daya saing digital – Dekan

Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuktikan negara sudah bersedia secara menyeluruh untuk meneroka dan memperkasakan teknologi terbaharu itu.

UTM bakal menjadi perintis yang melahirkan kepakaran dan tenaga kerja mahir dalam bidang AI.

Dekan Fakulti AI UTM, Profesor Dr Mohd Nazri Mahrin yakin program yang ditawarkan memberi impak daya saing digital serta menginovasikan landskap sosioekonomi.

Beliau berkata, penubuhan Fakulti AI adalah satu lonjakan besar ke arah menyiapsiagakan negara mendepani masa hadapan dengan teknologi berkenaan.

“Melihat kepada program yang kami akan tawarkan di UTM iaitu Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) dengan kepujian, terdapat 23 kursus teras melibatkan AI yang akan disampaikan kepada para pelajar nanti.

“Itu akan diselesaikan dalam tempoh masa dua tahun… masuk tahun ketiga pelajar akan mula mengambil kursus-krusus elektif yang mana ada 10 kesemuanya dan kursus elektif ini kami pecahkan kepada empat kluster iaitu AI Advance, Robotic and Automation, Business serta Creative AI,” katanya dalam temubual Bicara Naratif – Fakulti AI UTM: Pertama Di Malaysia menerusi saluran Youtube Berita RTM pada Isnin.

UTM yang menjadi universiti pertama di negara ini menubuhkan Fakulti AI, optimis berupaya memperkasa teknologi AI dengan keupayaan kepakaran sedia ada sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir.

Tempoh program akademik Ijazah Sarjana Muda AI adalah selama tiga tahun dan mempunyai tiga semester setahun serta 121 kredit untuk pelajar bergraduan.

Related Articles

Back to top button