Nasional

KPWKM terus perhebat Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah – Nancy

Program Advokasi Kanak-Kanak, KASIH Kanak-Kanak mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan ibu bapa dan guru sejak mula dilancarkan pada tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, banyak permintaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengadakan program itu di sekolah mereka.

“Kita akan laksanakan di 300 buah sekolah mengikut jadual. Ada sekolah yang kita terpaksa gabung kerana limitasi ruang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Serantau 2024 mengenai Pembangunan Awal Kanak-Kanak di George Town.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperhebat program berkenaan di sekolah-sekolah, ekoran mendapat sambutan yang positif.

Nancy Shukri berkata, program tersebut telah dirancang di 300 sekolah, namun pihaknya terus mendapat permintaan daripada sekolah-sekolah lain.

“Setakat ini ramai juga terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang minta supaya kami mengadakan di sekolah mereka kerana impaknya sangat baik kepada kanak-kanak dan (kami) akan laksanakannya mengikut jadual yang kita tetapkan, bermakna ia popular”, katanya.

“Tempatnya kecil, jadi ia tidak dapat memenuhi mana yang kita telah rancang gandingkan sekolah rendah dan menengah ataupun sekolah-sekolah lain berdekatan tidak dapat kerana tidak ada kemampuan untuk memberi ruang untuk mereka bersama menganjurkan program itu,” katanya.

Tambah beliau, program ini akan diteruskan di lapan negeri antaranya, Pulau Pinang, Perlis dan Johor pada tahun hadapan.

“Kami sasarkan 300 buah sekolah pada tahun ini kerana mahu memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai hak mereka terutama kalau ada yang didera atau pengabaian, jadi mereka boleh terus hubungi 15999 (untuk buat aduan),” katanya.

Related Articles

Back to top button