Semasa

PM Anwar umum peruntukkan tambahan RM1 Juta untuk Tabung Kasih@HAWANA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA pada tahun depan.

Khabar gembira itu disampaikan Anwar pada majlis kemuncak Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang diadakan di Kuching Sarawak.

“Saya nak sambung sebab tahun lepas saya umum untuk Tabung Kasih@HAWANA RM1 juta, jadi saya akan terus dengan peruntukan RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA,” katanya pada ucapan perasmian sambutan itu.

Acara yang mengangkat tema ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan.’ itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta timbalannya, Teo Nie Ching.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang agensi berita itu, Arul Rajoo Durar Raj.

Kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada pengamal media tempatan dan antarabangsa termasuk wakil persatuan serta kelab media dari Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Kemboja, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Perancis dan Kuwait berhimpun di bandar raya ini sejak Sabtu lepas.

BACA LAGI: Selangor peruntukkan RM6 juta untuk sumbangan ibadah korban tahun ini

Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena sambutan HAWANA 2023 bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang masih berkhidmat atau sudah bersara, yang mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.

Ketika merasmikan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk tabung berkenaan.

Difahamkan setakat kini, seramai 102 bekas petugas dan pengamal media yang memerlukan bantuan telah dibantu sejak inisiatif itu diperkenal tahun lepas.

Related Articles

Back to top button