Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: SPR mesyuarat 6 Jun ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan kekosongan DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata. pihaknya sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

Justeru tegasnya, kekosongan kerusi itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan dipastikan oleh pihaknya, sebagaimana diperuntukkan bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap pada 6 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu diadakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Pulau Pinang cipta rekod pelaburan tertinggi bernilai RM71.9 bilion

Nor Zamri, 56 yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seberang Jaya (HSJ), kerana mengalami keradangan dalam perut. Allahyarham menerima rawatan sejak awal bulan ini

Choo Kiang dilapor menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr Siti Nazariah Abdul Zalim, di pekarangan bangunan DUN Pulau Pinang petang semalam.

Related Articles

Back to top button