Semasa

KPKT salur peruntukan bantu PBT selenggara pokok

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengagihkan peruntukan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelenggara pokok dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata walaupun kementerian mengamalkan dasar penjimatan, namun peruntukan akan tetap disalurkan berdasarkan keperluan khususnya dalam situasi mendesak.

“Kementerian akan berikan peruntukan untuk kemudahan awam menerusi kajian diadakan.Sama ada boleh dimasukkan dari segi penyelenggaraan dan pembelian peralatan.

“Dari segi pengurusan kita akan mencari jalan sama ada Jabatan Landskap Negara (JLN), Jabatan Penyelenggaraan atau Jabatan Kerajaan Tempatan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Beliau sebelumnya hadir menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 403 penerima di Majis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2023 warga KPKT.

BACA LAGI: Perbincangan diadakan, cari formula khusus penjagaan pokok sekitar Kuala LumpurĀ 

Sebelum ini Nga mengakui ada PBT khususnya di kawasan pendalaman berdepan masalah kewangan dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan pokok dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Malah khidmat kepakaran doktor pokok (arborist) juga tidak menyeluruh dan sedang dalam proses ditambah baik.

“Seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) danMajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah ada arborist sendiri, namun yang penting kita rancakkan lagi perkhidmatan ini bagi menambah baik pengurusan landskap di setiap kawasan perbandaran,” katanya.

Related Articles

Back to top button