ekonomi

Prinsip ekonomi, kewangan Islam releven hadapi ketidaktentuan global – PM Anwar

Ekosistem kewangan Islam perlu berkembang beransur-ansur dengan memberi penekanan kepada kewangan berasaskan nilai melangkaui motif berasaskan keuntungan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan di Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di Kuala Lumpur pada Selasa berkata, penting untuk berfikiran bahawa kekayaan tidak hanya berlegar dalam segelintir kumpulan sahaja, sebaliknya diagihkan untuk memajukan masyarakat, selain pelaburan yang menjanjikan kesejahteraan seimbang.

Justeru tambahnya, dengan mengambil kira perkara ini, semua pihak mesti bekerjasama untuk menangani cabaran dan mencipta peluang menyertai ekonomi dan meningkatkan status.

“Dengan menggalakkan pembangunan perniagaan mikro, kecil dan sederhana serta akses kepada kewangan untuk penduduk yang kurang serta tidak mendapat perkhidmatan, kita boleh mengurangkan jurang dan memupuk kemakmuran bersama.

“Menerusi integrasi global dan penggunaan instrumen kewangan sosial Islam yang berkesan, kita boleh merapatkan jurang antara golongan kaya dan yang tidak berkemampuan serta menggalakkan perpaduan masyarakat bersama,” kata yang juga Menteri Kewangan.

Pada ucapannya Anwar turut menegaskan, prinsip ekonomi dan kewangan Islam semakin relevan untuk menyelesaikan cabaran dihadapi dunia semasa tempoh ketidaktentuan global.

Ia termasuk membasmi kemiskinan yang teruk, memastikan jaminan makanan dan membolehkan peluang sama rata kepada pendidikan menyeluruh.

BACA LAGI: Kerajaan rancang pelan perkasa ekonomi golongan asnaf

Menerusi integrasi global dan penggunaan instrumen kewangan sosial Islam secara berkesan, kerajaan boleh merapatkan jurang antara golongan berada dan golongan tidak berkemampuan serta menggalakkan perpaduan masyarakat bersama.

“Inilah sebabnya mengapa kita perlu memulakan ‘islah’ holistik, agenda reformasi untuk perubahan positif dan dorongan untuk kebaikan dalam ekonomi global,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button